Selasa, 25 Jun 2024

Keajaiban Sentiasa Bersyukur dan berdoa.

 Assalammualaikum, harini korang buat apa? dah makan ? Harini hari ke 17 saya intern. Setakat ni Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja cuma penat sikit even tak buat banyak sangat kerja. Maybe banyak sangat fikir πŸ˜–kot haha. Hopefully, saya dapat habiskan latihan industri ni dengan jayanya. Aamiin doakan tau! πŸ˜€tq hehe
    
    So, harini saya nak share sikit story yang pernah saya alami. Sementara takde kerja so, bolela share sikit kat sini even takde orang baca.😌 takpe, saya luah kat sini ja ehe. Act, lama dah nak share benda ni, tp saya simpan sorang je sebab saya terlalu amaze anda rasa ajaib sangat dengan apa yang berlaku dengan diri saya time tu . 

    Korang pernah tak bila rasa teringin sesuatu and nak pergi sesuatu tempat tapi korang tak bagitau siapa-siapa, kalau bagitau nanti takut menyusahkan pulak kan, and korang tak boleh beli or pergi sebab ada kekangan tapi lepastu dalam beberapa jam ataupun hari tetiba korang dapat benda tu and orang yang bagi lepastu siap ada yang nak bawak pegi lagiπŸ˜€. haa, rasa ajaib kan! ni lah yang saya cerita . Ada beberapa kisah yang saya nak share.


1) Craving Sate.

 


okay, kisah first ni saya nak share pasal saya cravingggg sate. bukan cara nak buat sate ye hehehe. gambar tu cuma hiasa je, tapi nampak cam sedap pulak. padahal baru lepas makan hahaha. Okay, time tu saya puasa, puasa enam syawal. Kebetulan saya kena ganti 7 hari puasa jadi alang2 tu saya buat la puasa enam sekali dengan mak ayah saya. Time tu saya cuti sem, jadi saya kat rumah la time tu ehehe. hmm rindunyaaa. 😿 okay next, biasala kan bila berpuasa ni macam2 makanan yang terlintas dalam otak and salah satunya sate ehe. Time tu mak ayah saya belum balik lagi, sbb time tu weekday so hari bekerja. Tinggal saya sorang je kat rumah. Jadi, bila teringat sate tu, memang rasa nak iftorrr dengan sate sekali dengan nasi impit. hmmm nikmat! sebab saya memang suka makan sate dengan nasi impit. tapi, time tu kat kampung saya xsure ada ke tak orang jual sate, nak bagitau mak ayah risau menyusahkan. Jadi, saya batalkan je niat nak makan sate and nak makan apa yang ada je kat dapo. before tu, saya sempat bermonolog la, "Ya Allah, sedapnya kalau dapat sate dengan nasi impit time buka nanti, lama dah tak makan tapi takpela, lain kali jela." haa lebih kurang mcmtu la. Lepastu mak ayah saya pun sampai rumah, then ayah saya ketuk pintu bgtau diorang ada belikan sate dengan nasi impit untuk buka nnti. Time tu rasa terkejut + terharu rasa nak nangis semua ada. Yela, rasa macam tak sangka sangat. Baiknyaaa Allah hmm.




2) craving udang tapi dapat udang lipan.


 

haa ni, cerita pasal craving udang. haha. macam2 la makanan yang nak dimakan. Okay, time ni pun saya puasa jugak nak dijadikan cerita, saya teringin nak makan udang sebab lama dah tak makan. Bila dah balik rumah dia macam balas dendam sbb bila balik kolej nak makan benda2 mcmni agak jarang sekali.... hahaha. Jadinya, bila puasa tu, tetiba teringat kesedapan udang rebus cicah kicap + limau + ciliπŸ˜‹. Fuhh ni kalau makan ni memang tak pandang kiri kanan. Tapi, masalahnya time tu bukan musim dia. Jadi, saya pun batalkan niat dan pujuk hati saya, takpela nanti ada rezeki bole la makan, sekarang ni makan hela dulu apa yang ada. Lepastu, bila dah nak buka tu, saya pun g dapur kemas2 meja apa semua sebab japlagi dah nak buka. Then, bila dh settle semua, saya pun duduk kat meja makan sambil tunggu azan berkumandang. Time duduk tu, tiba-tiba ayah saya bagitau mak saya ada masak udang lipan. sebab tadi kebetulan ada orang jual jadi dorang pun beli. Saya pun apalagi, rasa macam tak sangka, terkejut rasa macam ajaibnya! even tu bukan udang yang saya nak, tapi udang lipan tu lagi sedap. Korang pernah makan? Saya selalu makan rebus je, lepastu cicah sambal kicap. Time tu rasa best sangat. Sekali lagi, saya bisik dalam hari, Baiknyaa Allah hmm..πŸ’–πŸ’—


3) Craving kuih muih (tak igt nama, tapi rasa pandan)πŸ˜‚

 

Next, kisah saya craving nak makan kuih. Saya suka gila kuih-muihnyang berasaskan pandan. Tak kisahlah tu kuih apa pun yang penting perisa pandan. Saya tak ingat dah kuih apa yang saya nak makan time tu, just ingat dia perisa pandan πŸ˜‚ Sbb saya craving tu, tghari tu saya tertengok satu posting akak ni dia  jual kuih kat tempat saya, tapi dia jual pagi je. So, tak dapatla nak beli. Saya kalau balik rumah kalau boleh tknak susahkan mak ayah saya, lagi2 bab2 keluarkan duit. Parent saya okay je, tapi saya rasa macam tak best pulak sebab time saya kat kolej dorang dah keluarkan banyak duit. Jadi, saya akan guanakan baki duit saya je kalau nakkan sesuatu melainkan kalau dah duit dah betul2 takde ehehe. Saya akan makan je apa yang ada kat rumah. okay sambung balik, time tgh craving tu, saya pun pergi la dapur kot2 ada biskut perisa pandan ke kan haha, bila g dapo tu tak jumpa pon haha, saya makan je biskut manis2 untuk hilangkan rasa craving tu. Saya pun, amik la biskut raya bawak masuk g bilik. Time nak g bilik tu, ayah saya panggil, dia bagitau yang ada orang bagi kuih kat mak saya. Jadi, ayah saya suh la saya habeskan. Bila dia hulur mangkuk yang berisi kuih tu, saya pun tengok and cuba teka kuih apa?!!!!! kuih tepung pelita dengan kuih kaswi pandan!!!! Saya terekejut and rasa nak nangis. Sya pun makan dengan happy. And saya yakin sangat, Allah dengar suara hati saya. Hmmmm baiknyaaa Allahhh. 


4) Nak jalan-jalan .

Okay, yang ni takde gambar sebab saya taktau nak letak apa. Tajuk nak jalan-jalan tu bukan spesifik ya. saya taktau nak letak apa dengan situasi yang saya alami ni. Citer dia ceni, time ni saya balik rumah abg saya, kalau saya study saya selalu balik rumah abg saya, sebab nak balik kampung jauhhhhhhhhhh sangattttttt eheheheheh. Okay, time tu cuti 3 hari kot xsilap saya, abg saya kerja, dia ada satu hari jr cuti dalam seminggu tu. balik pun lambat, malam baru balik. Then, selalunya saya balik tu, memang ada beli barang atau topup barang2 kolej saya. yela, saya bukannya salu balik. sebab jarak kolej ke rumah abg saya tu agak jauh jugak. Jadi bila saya balik, I will makesure to topup my neccessity/keperluan kolej. Nak dijadikan cerita, time saya balik tu abg saya busy sangat, balik malam. jadi saya macam rasa serba salah nak bagitau hasrat beli barang. Yela, cuti dh nak abes. lgpun dia balik lambat kedai pun dh tutup. nak naik grab tak berani, sbb time tu baru lagi duduk area tu, so taktau sgt. Jadinya, saya kena tunggu abg saya bagitau bila dia boleh balik awal and boleh bawak saya gi beli barang2. Salunya, dia akan bagitau saya, nanti petang dia balik awal bole la gi beli barang. Tapi time tu dia langsung tak bagitau, so maknanya dia memang sibuk. Jadi, saya pun try la berfikir secara holistik hahaha untuk keluar dari masalah kecik tu, and fikir cara macam mana nak g beli brg2 tu. kalau nak g beli time dia htr saya tu, memang taj sempat sebab dia htr saya malam. pasaraya dah tutup. Lama-kelamaan saya giveup nak fikir. last2 saya redha je, tggu dh smpai kolej nanti saya belikan sendiri tapi kena keluarkan banyak sikit sbb nak naik grab apa semua. saya pun berdoa dengan Allah, kiranya curhat la. 2 hari saya curhat kat Allah benda yang sama, pastu saya pujuk hati saya supaya sabar. Lepastu sehari sebelum nak balik tu, sebelum petang tu, dia kol bgtau suh siap2 awal sbb haritu dia balik awal sikit jadi boleh la g beli barang2. Saya pun happy sangat, and tiba2 teringat yang saya ada berdoa kpd Allah. Ajaib kan?.

So, kesimpulannya kat sini, mengadu lah dengan Allah walaupun masalah tu sekecil zarah. Mungkin bagi orang lain kisah saya biasa ja, tapi bagi saya benda tu betul2 bukak hati saya untuk terus curhat dan mengadu dengan Allah. Kadang-kala bila kita curhat dengan manusia, tak semua manusia yang betul2 nak dengar and serius. Tapi, kalau dengan Allah, hati akan lebih tenang, sebab apa? sebab Allah sangat suka bila hambaNya sentiasa berdoa. Selain tu, kita juga perlu bersyukur dengan apa yang kita ada, dengan rasa syukur tu la Allah akan limpahkan lagi banyak rezeki kepada kita. Betul tak? kalau kita amati betul2 kehidupan seharian kita, ada ja benda yang baik tak di sangka2 berlaku dalam kehidupan kita betul tak? cumanya, kita je lalai kita je yang tak sedar betapa baiknyaa ALLAh dengan kita even kita salu alpha dan salu buat dosa. hmmm. Jadi, mulai harini, terapkan rasa bersyukur dan sentiasa lah berdoa kepada Allah, kerana Allah adalah sebaik-baik penolong kita sama ada di dunia dan akhirat πŸ’—πŸ’“
 
Assalammualaikum.










    

Isnin, 24 Jun 2024

Motivational Quote.

Assalammualaikum, hai everybadehhh yang baca blog ni saya nak ucapkan terima kasih. Actually this is my second post in blogger hehe, sbb baru tau yang saya ada blog acc rupanya. LOL! Act, lama dah nak menulis dalam blog ni tapi taktau nak start dari mana. So, hopefully lepasni saya rajin post kat sini. Sorry if nmpak annoying bcs im a newbie here hehe. 

So, untuk kalini saya nak share some of my favourite quote when I feel down, bored and sad. If nak jadikan wallpaper pon boleh :) 













Hopefully some of quotes can make you feel better. It's okay sometimes u feel lost, it's okay sometimes u feel sad because we are human :) Ingat, sedih boleh tapi jangan lama-lama tau! If kita rasa buntu ataupun penat dengan manusia, sujud kepada Allah, luahkan segala apa yang kita rasa. InsyaAllah it will make you feel better :) Assalammualaikum, bye.

Keajaiban Sentiasa Bersyukur dan berdoa.

 Assalammualaikum, harini korang buat apa? dah makan ? Harini hari ke 17 saya intern. Setakat ni Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja cum...